Halaman

Selasa, 25 Ogos 2009

PERTANDINGAN BERCERITA , SAJAK DAN NYANYIAN SOLO..
















Hiasan dalaman...
















Hiasan dalaman banyak dibantu dan dihias oleh pembantu prasekolah yang kreatif dan inovatif.










Isnin, 17 Ogos 2009

Karnival pendidikan prasekolah peringkat zon hingga daerah...







Karnival pendidikan prasekolah dianjurkan adalah bertujuan memupuk nilai-nilai murni seperti berani , berkeyakinan dan boleh berhadapan dengan masyarakat luar....Kanak-kanak ibarat kain putih dan kitalah yang mencorakkan arah tuju mereka....pendedahan ini sedikit sebanyak dapat memberikan mereka satu pengalaman baru yang menjana minda mereka agar lebih kreatif dan inovatif.






Jumaat, 14 Ogos 2009

H1N1.......AWAS..


Wabak selsema babi bukanlah suatu yang boleh dipandang remeh walaupun kematian baru mencecah 14 orang namun bilangan kes telah pun mencecah 1 492 kes. Di mexico telah mencecah kematian yang ke 149. Saya menjangkakan jika kita memandang remeh wabak ini... kalau tahun ini saja jumlah kes boleh mencecah hingga 5 000 pada tahun hadapan pastinya akan bertambah lebih banyak.
Setakat hari ini kerajaan telah mengumumkan langkah baru menangani wabak tersebut iaitu seperti di bawah :
Hospital/klinikLakukan ujian lengkap ke atas golongan berisiko seperti pesakit asma dan wanita hamil. 22 hospital swasta dijadikan pusat saringan awal dengan dibekalkan antiviral Tamiflu. Semua klinik kesihatan yang mempunyai pegawai perubatan, dibekalkan dengan Tamiflu. Klinik swasta dibenarkan membeli Tamiflu daripada farmasi.SekolahSemua sekolah diarah memeriksa suhu badan murid setiap pagi. Mengasingkan dan membawa murid yang demam melebihi 38 darjah Celsius ke klinik.
Saya rasa tindakan memeriksa suhu badan yang dilakukan pada setiap pagi sebelum sesi pembelajaran bermula adalah sangat bertepatan. Ini bertujuan mengasingkan terus murid yang dibimbangi sebagai pembawa wabak tersebut dari mengjagkiti rakan-rakan mereka yang lain termasuk juga guru.Sekurang-kurangnya melalui pemeriksaan suhu tersebut dapat memberi keselesaan pada murid-murid untuk belajar dalam kelas tanpa ada perasaan takut terhadap jangkitan.
Rasionalnya pemeriksaan perlu dilakukan pada setiap hari adalah kerana murid-murid hadir dari pelbagai destinasi. Kita tidak mengetahui sama ada mereka telah terkena jangkitan atau tidak. Mungkin semalam atau hari ini belum... esok siapa yang tahu?

Khamis, 13 Ogos 2009

Ketika aku....

ketika aku sedang lena di ulit intan.....
ada yang sedang berperang...
ketika aku diselimuti selimut yang tebal....
ada yang berselimutkan embun malam...
ketika aku enak menjamu selera...
ada yang menahan kelaparan.....
ketika aku beroda ke tempat kerja...
ada yang berbasikal malahan berjalan kaki pun ada....

ps; bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan buat kita..

Rabu, 12 Ogos 2009

Ragam anak-anak prasekolah

Sememangnya bukan mudah untuk mendidik warga kanak-kanak yang bermacam ragam ini. Setiap hari ada sahaja antara mereka yang sering membuatkan hati ini rasa lucu , geram , marah dan sebagainya. Sebagai guru yang di amanahkan untuk mendidik mereka , adalah wajar kita banyakkan bersabar dan bersalawat selalu....bukan apa takut tua sebelum waktunya...he...he...he...





Gambar lucu.....pakai tudung ala mak minah....dari mana la agaknya mereka dapat idea ni...ish..ish...








Selasa, 11 Ogos 2009

Bersama CIK KUNTUM....





















Sebulan yang lalu Prasekolah Tunas Wawasan sempat merakamkan kenangan bersama cik kuntum Majalah kanak-kanak yang popular pada masa ini.










Matlamat , Visi Dan Misi Prasekolah Tunas Wawasan

Matlamat

Menyuburkan potensi murid dalam semua aspek pertumbuhan dan perkembangan secara menyeluruh , seimbang dan bersepadu. Menghasilkan persepaduan serentak dengan perkembangan sosial, emosi, rohani, jasmani dan intelek menerusi interaksi pembelajaran supaya mereka menjadi individu yang baik dan berakhlak mulia serta berguna kepada diri, keluarga , agama dan negara.

VISI

Melahirkan pelajar yang :
- Berilmu pengetahuan
- Berakhlak mulia
- Beriman
- Bertanggungjawab
- Berdisiplin dan berketerampilan
- Maju dan berwawasan

MISI

Bagi meningkatkan potensi individu ke arah menuju kecemerlangan kami akan:

· Mewujudkan prasarana pendidikan yang lengkap dan kondusif di prasekolah.
· Menyediakan perancangan aktiviti dan pengajaran yang sistematik kepada semua
kanak-kanak
· Memupuk kanak-kanak agar menjiwai nilai murni dan sahsiah yang baik.
· Melahirkan kanak-kanak yang mampu menguasai aspek 2M,berkeyakinan diri dan berfikiran kreatif melalui pengajaran dan pembelajaran yang menggembirakan.
· Memupuk nilai murni dan sahsiah yang baik di kalangan kanak-kanak.

Takwim Prasekolah Tunas Wawasan

AKTIVITI SEPANJANG TAHUN

· Orentasi prasekolah
· Mesyuarat majlis permuafakatan prasekolah
· Sambutan Hari guru
· Karnival sukan prasekolah
· Karnival pendidikan prasekolah
· Ujian pengesanan murid prasekolah
· Hari bertemu pelanggan (Hari Terbuka)
· Majlis Hari lahir murid prasekolah
· Gotong-royong
· Sambutan Hari Kebangsaan
(Tanggal 31 Ogos 1957)
· Sambutan Hari Raya
· Marhaban
· Hari kanak-kanak
· Lawatan
· Konvokesyen Prasekolah
· Jamuan Akhir tahun
· Pendaftaran murid untuk tahun akan datang

Album prasekolah dan kakitangan sekolah

Kanak-kanak prasekolah sedang mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran.



Sebahagian kakitangan sekolah yang sedang membaca ikrar semasa perhimpunan.







Sejarah SK Seri Pematang Rengas

SEJARAH SEKOLAH DAN PERKEMBANGANNYA

Sekolah Kebangsaan Seri Pematang Rengas telah ditubuhkan pada tahun 1951.Persekolahan secara formal telah dimulakan pada . Tertubuhnya Sekolah ini adalah hasil usaha Ahli Jawatankuasa Kampung Parit Karjan yang diketuai oleh Tuan Haji Amin bin Haji Ekhsan.

Sekolah ini telah dibina di atas tapak Lot 4502 seluas satu suku ekar yang dibeli oleh penduduk kampung dengan harga RM1,000.00. Pembinaannya dilakukan secara bergotong-royong. Pada pemulaannya bangunan yang didirikan berukuran 60 × 20 kaki, beratapkan rumbia dan struktur bangunan dibuat daripada kayu hutan yang ditebang sendiri.

Sekolah Kebangsaan Seri Pematang Rengas terletak berhampiran tebing Sungai Simpang Kiri di Kampung Parit Karjan kira-kira 6 km dari Pekan Seri Medan atau kira­-kira 27 km dari bandar Batu Pahat.Terdapat beberapa orang tokoh yang telah bekerja keras untuk menjayakan pembinaannya. Setalah mengadakan beberapa mesyuarat khas.

Bagi penubuhannya satu kata sepakat telah diambil bagi melantik seorang ketua. Atas kegigihan dan cadangan beliau untuk penubuhan sekolah ini serta jasa dan sumbangan yang diberikan tanpa mengira penat lelah, Tuan Haji Amin bin Haji Ekhsan telah dipilih sebagai ketua dan dianggap pengasas kepada sekolah ini.
Pembukaan sekolah ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Syed Esa bin Alwee yang ketika itu menjawat jawatan sebagai Nazir Sekolah­-sekolah Melayu Daerah Batu Pahat dan diberi nama SEKOLAH KEBANGSAAN SERI PEMATANG RENGAS. Nama Seri Pematang Rengas adalah mengambil sempena nama lima pohon rengas yang tumbuh di tebing sungai berhampiran dengan bangunan sekolah.
Nama itu kekal digunakan hingga ke hari ini. Ketika mula ditubuhkan sekolah ini mempunyai seramai 60 orang murid dengan seorang guru besar dan seorang guru penolong.Pada tahun 1961 sekolah ini telah mendapat bantuan kerajaan sebanyak RM5,000 00. Dengan wang sebanyak itu, panjang sekolah ini telah ditambah kepada 140 kaki dan atapnya telah diganti dengan zing.Pada tahun 1968 pentadbiran sekolah ini telah diambil alih sepenuhnya oleh kerajaan.
Pada tahun 1971 penduduk kampung telah memohon kepada kerajaan agar tapak sekolah ini dipindahkan ke satu tapak yang telah di pilih kerana tapak asalnya sering ditenggelami air ketika musim tengkujuh.Setelah mendapat persetujuan dari pihak kerajaan Y.B. En. Muhamad bin Rahmat ketika itu Setiausah Parlimen Kementerian Pelajaran dengan diiringi oleh Wakil Rakyar Parlimen Parit Sulong telah membuat lawatan tinjauan ke tapak cadangan yang di tetapkan terletak di kawasan anak bukit lot 8114 seluas 6 ekar yang telah dibeli oleh kerajaan.Pada tahun 1977 terbinalah sebuah bangunan dua tingkat dan sebuah kantin di atas sebuah anak bukit bagi menggantikan bangunan sekolah yang lama.
Jarak tapak bangunan baru dengan tapak bangunan lama hanya kira-kira 1.3 km. Dengan itu maka berakhirlah masalah yang dihadapi oleh anak-anak penduduk kampung waktu persekolahan musim tengkujuh.Selepas itu beberapa bangunan tambahan telah di bina bagi menambahkan lagi keselesaan dan keperluan bagi anak-anak belejar di sekolah ini . Pada tahun 1995 sebuah bilik untuk Pelajaran Kemahiran Hidup dengan keluasan 24 × 30 kaki hasil sumbangan Wakil Parlimen Parit Sulong Y.B. En. Rohanie bin Ahmad.
Pada tahun 1999 sekolah ini telah menerima tambahan bangunan daripada pihak kerajaan yang memuatkan dua bilik darjah bagi menampung kekurangan bilik darjah yang di hadapi. Selain daripada itu pada tahun 2001 pihak PIBG telah berjaya membina sebuah bangunan yang digunakan sebagai Bilik Latihan Fardu ain. Kini awal tahun 2002 sebuah lagi parasarana sedang dalam pembinaan iaitu sebuah makmal komputer dan kini telah berfungsi sebagai pembelajaran ICT.Kini Sekolah Kebangsan Seri Pematang Rengas ditadbirkan oleh guru besarnya iaitu En. Hazali bin Hassan dengan dibantu oleh 17 orang guru termasuk 2 orang guru j-Qaf (PLBS), seorang Pembantu Tadbir dan seorang Pembantu Am Rendah, serta 3 orang pekerja penyelenggaran (swasta).
Sekolah ini sekarang mempunyai 190 orang murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6 dan 18 orang murid prasekolah dengan 6 buah bilik darjah, sebuah kantin, sebuah bilik kemahiran hidup, sebuah bangunan bilik prasekolah, sebuah bilik fardu ain, sebuah bilik pemulihan, sebuah padang permainan dan sebuah makmal komputer.Namun sekolah ini masih menghadapi masalah kekurangan bilik-bilik khas dan bilik darjah. Dari segi pencapaian prestasinya, sekolah sedang berusaha ke arah peningkatan dalam bidang akademik dan kokurikulum. InsyaAllah.
GURU BESAR
Daripada tarikh ditubuhkan hingga ke hari ini Sekolah Kebangsaan Seri Pematang Rengas telah ditadbirkan oleh beberapa orang guru besar.Antara guru besar yang pernah bertugas di sekolah ini ialah:-
1.En. Abdul Wahab bin Rabu-1 April 1952 –31 Disember 1955
2.En. Hamim bin Abd. Manan-1 Januari 1956 –31 Disember 1962
3.En. Jaini bin Haji Ismail-1 Januari 1963–31 Mac 1989
4.En. Badron bin Haji Sabor-1 April 1989–31 Disember 1996
5.En Abdul Rahim bin Nolah-1 Januari 1997–17 Mac 2001
6.En. Abdul Moen bin Abdul Rahman-18 Mac 2001–16 Jun 2006
7.En. Hazali bin Hassan-2 Ogos 2006–
8. Pn Hajah Mazniha Bt Hj Selamat

Jumaat, 7 Ogos 2009

Sejarah prasekolah

Prasekolah (bahasa Inggeris: pre-school) merupakan pilihan pendidikan bagi kanak-kanak sebelum memasuki sekolah.
Prasekolah merupakan sebahagian daripada sistem pendidikan Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan pendidikan prasekolah bagi membolehkan kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun memasuki persekolahan lebih awal, terutamanya kanak-kanak daripada golongan berpendapatan rendah.

1.Latarbelakang
18 Disember 1991 Mesyuarat Jemaah Menteri mengarahkan Kementerian Pelajaran Malaysia melaksanakan program prasekolah.
27 Januari 1992 - Mesyuarat antara Kementerian. - Projek Rintis Pendidikan Prasekolah KPM (1,131 kelas).

2.Akta Pendidikan 1996
Pendidikan Prasekolah dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan.
Mesyuarat Jemaah Menteri pada 6 Jun 2001 mengarahkan dilaksanakan peluasan program Prasekolah oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

3.Matlamat pendidikan prasekolah
Pendidikan prasekolah bertujuan menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persedian untuk masuk ke sekolah rendah.

4. Konsep
Pendidikan prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun dalam jangka masa satu tahun atau lebih sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal. Konsep yang digunakan ialah "Belajar Sambil Bermain" dengan menekankan "Pembelajaran Bertema". Kaedah pembelajaran ialah meliputi aktiviti kelas, aktiviti kumpulan dan aktiviti individu.
Keunikan prasekolah yang dianjurkan Kementerian Pelajaran Malaysia ialah aktiviti kumpulan yang berupaya meningkatkan kualiti kawalan emosi dan intelektual. Pendedahan terhadap aktiviti ini adalah bagi menyediakan asas yang kukuh bagi pembelajaran berkonsepkan sekolah bestari.

5. Objektif
Menyediakan pengalaman pembelajaran kepada murid-murid yang berumur antara 4 hingga 6 tahun bagi menyuburkan potensi mereka dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah

6.Lokasi
Bangunan prasekolah anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia terletak di kawasan sekolah rendah.

7. Pengurusan
Setiap kelas prasekolah diurus oleh seorang guru dan seorang pembantu yang dilantik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Gred jawatan bagi guru prasekolah ialah DG29 atau DG41 manakala gred jawatan bagi pembantu prasekolah ialah N17, yakni setaraf dengan jawatan Pembantu Tadbir.

8. Murid
Setiap kelas mestilah tidak melebihi 25 orang kanak-kanak berumur 5 dan/atau 6 tahun. Kelayakan untuk memasuki prasekolah dikira berdasarkan pendapatan keluarga iaitu di bawah RM500. Walau bagaimanapun had itu boleh dinaikkan sekiranya masih terdapat kekosongan.

9. Kurikulum
Kurikulum Pendidikan prasekolah dirangka dengan teliti bagi memenuhi keperluan dan tahap keupayaan kanak-kanak berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Mulai tahun 2002, semua pusat pembelajaran kanak-kanak samada diuruskan oleh Kementerian Pelajaran mahupun dikelolakan oleh pihak swasta mestilah mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan dan disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

10.Kriteria Pemilihan Sekolah
Lokasi pedalaman/luar bandar/pinggir bandar/bandar.
Murid Tahun Satu yang tidak berprasekolah tinggi.
Pihak Kementerian Pelajaran akan menerima laporan yang menunjukkan bahawa terdapat ramai murid Tahun Satu di sesuatu kawasan tidak memasuki mana-mana prasekolah.
Tiada operator tadika lain.
Pihak kementerian mendapati di satu-satu kawasan itu tidak atau kurang mempunyai tadika/prasekolah samada oleh pihak swasta atau badan berkanun lain.
Mengambilkira pendaftaran murid Tahun Satu bagi tahun berikutnya (>15 orang).
Kemudahan ubah suai/bina bilik darjah.
Jika sekolah tersebut mempunyai ruang tambahan untuk menempatkan bilik atau bangunan prasekolah.
Permintaan masyarakat setempat.
Biasanya masyarakat setempat membuat usul melalui PIBG bagi memohon disediakan prasekolah di kawasan mereka.
Kriteria Pemilihan Murid
Warganegara Malaysia.
Berumur 5 dan 5+ tahun.
Setiap kelas 25 orang murid.
Keutamaan pemilihan berdasarkan pendapatan dan tanggungan ibu bapa / penjaga.
Hal ini bergantung pada sesuatu kawasan. Terdapat prasekolah yang menerima kanak-kanak dari golongan berada setelah tawaran kepada umum ditutup dan masih ada kekosongan lagi bagi kelas tersebut. Pihak sekolah akan cuba memenuhi peruntukan untuk 25 orang kanak-kanak bagi setiap kelas. Apabila berlaku kekosongan, pihak sekolah akan memilih kanak-kanak berumur 5 tahun dari kalangan berpendapatan rendah terlebih dahulu. Jika masih ada kekosongan barulah diterima kanak-kanak lain tanpa meletakkan syarat kemampuan ibu bapa.
Geran Per Kapita (PCG)
RM100 seorang murid setahun
RM100 X 25 murid X 1 kelas
Jumlah : RM2500 setiap kelas setahun
Bantuan Makanan
RM1.50 seorang murid sehari
RM1.50 X 1 murid X 200 hari
Jumlah : RM300 seorang murid setahun
Program-Program Prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
Mulai 2002 Program ICT Prasekolah diberi keutamaan dan menjadi sebahagian elemen penting. Untuk itu setiap kelas prasekolah dibekalkan Komputer/Pencetak/Meja/Kerusi/Perisian
(Agihan 2 set komputer dan 1 pencetak setiap kelas)
Selain itu Program ICT Kidsmart Early Learning (IBM) dimulakan pada 2001. Satu set komputer, pencetak yang lengkap dengan meja, kerusi, dan perisian diagihkan untuk kelas prasekolah yang terpilih. Sehingga Februari 2004, KPM terima 59 set daripada IBM (M) Sdn Bhd
Melalui Program Rintis Prasekolah Inklusif Pendidikan Khas, mulai 2003, sebanyak 3 kelas telah dibuka; ( 20 Murid Biasa & 5 Murid Bermasalah Pembelajaran)
SK Seksyen 20, Shah Alam, Selangor.
SK Tanah Putih Baru, Kuantan, Pahang.
SK Khir Johari, Sungai Petani, Kedah.
Seterusnya Program Prasekolah Pendidikan Khas dibuka mulai tahun 2004. Sebanyak 28 kelas telah dibuka meliputi:
Prasekolah Bermasalah Pembelajaran
Prasekolah Bermasalah Penglihatan
Prasekolah Bermasalah Pendengaran
Mulai 2004 pula, Program Penempatan Guru Prasekolah Siswazah bermula bagi memastikan kualiti pendidikan prasekolah di Malaysia setanding dengan prasekolah (preschool) di seluruh dunia.