Halaman

Rabu, 9 Jun 2010

SANG KANCIL DENGAN ANAI-ANAI

Pada suatu hari, Sang Kancil berjalan-jalan di dalam hutan untuk mencari makanan. Tiba-tiba, Sang Kancil ternampak seekor badak. Badak itu besar dan kuat. Sang Kancil cuba menegurnya tetapi Badak tidak mempedulikan Sang Kancil dan terus pergi dari situ.
Tidak jauh dari situ, Sang Kancil ternampak sebuah busut. Sebahagian daripada busut itu telah pecah. Ribuan anai-anai berkerumun di sekelilingnya. Mereka kelihatan sedih.
Sang Kancil : Wahai anai-anai, kenapa kamu bersedih?
Raja Anai-anai : Tengoklah Sang Kancil, busut kami telah musnah dipijak oleh badak. Ini bukan kali pertama. Badak telah beberapa kali merosakkan busut kami.

Sang Kancil : (marah) Buruk sungguh sikap badak. Dia suka mengganggu dan merosakkan sarang binatang- binatang kecil.
Raja Anai-anai : Apa yang boleh kami lakukan Sang Kancil? Kami kecil sedangkan badak itu besar dan kuat.
Sang Kancil : Usahlah bimbang. Nanti, saya akan fikirkan.
Sang Kancil pun berlalu pergi dari situ. Dia kasihan melihat anai-anai dan binatang-binatang kecil yang lain. Sarang mereka sering diganggu dan dirosakkan oleh badak padahal mereka tidak pernah mengganggu badak.
Perbuatan badak tidak boleh dibiarkan tetapi tidak ada seekor binatang pun di hutan itu yang boleh mengalahkan badak. Sedang Sang Kancil berfikir, tiba-tiba dia ternampak sebuah lubang.
Sang Kancil : Hmm, Lubang ini besar dan dalam. Binatang yang terperangkap di dalamnya tentu tidak dapat keluar...Hah, sekarang saya tahu bagaimana hendak mengalahkan badak.
Sang Kancil pun segera pergi ke tempat anai-anai. Ketika Sang Kancil sampai, anai-anai sedang sibuk memperbaiki busut mereka yang rosak. Sang Kancil pun memberitahu raja anai-anai tentang rancangannya.
Sang Kancil : Bagaimana?
Raja Anai-anai : Baik rancangan itu. Anai-anai yang lain tentu setuju.
Raja anai-anai pun mengumpulkan anak buahnya dan menerangkan tentang rancangan Sang Kancil. Semua anai-anai bersetuju. Mereka memilih sebuah denai yang menjadi laluan badak.
Tanpa membuang masa, setiap anai-anai menggigit sedikit tanah lalu membuangnya jauh dari tempat itu. Walaupun saiz badan mereka kecil tetapi jumlah mereka banyak sekali, berjuta-juta ekor.
Mereka bekerja dengan bersungguh-sungguh tanpa berhenti sehingga lubang itu siap.
Tidak lama kemudian, muncul badak yang sombong itu. Dia tidak sedar ada lubang perangkap di situ.
Badak : Ahhh...
Badak : Aduh sakitnya...grrr......Bagaimana saya hendak keluar dari lubang ini?
Badak cuba naik tetapi dia tidak berjaya. Semalaman, badak terperangkap di dalam lubang itu.
Esoknya, Sang Kancil datang menjenguk ke dalam lubang itu.
Badak : Tolonglah saya, Sang Kancil. Saya berjanji tidak akan mengganggu dan merosakkan sarang binatang-binatang lain di hutan ini.
Sang Kancil : Baiklah badak. Saya akan meminta anai-anai membuat laluan untuk awak keluar.
Semenjak kejadian itu, badak telah insaf. Dia tidak lagi mengganggu binatang lain di dalam hutan itu.


(Dipetik dan disesuaikan dari buku 'Kumpulan Cerita Jenaka dan Cerita Binatang', tulisan Rusman Shariff, DBP 2006)

Selasa, 25 Mei 2010

LAWATAN KE JOHOR BHARU 2009

Sabar dik yer...sabarr...

Janganlah gitu kak...comei benor....

Sambutan hari jadi Dan Akhir Tahun

Wajah comel murid prasekolah...

  • Pakaian yang di pakai oleh kanak-kanak prasekolah ini merupakan pakaian yang dipakai pada hari Jumaat...Jumaat adalah penghulu segala hari dan sudah semestinya kita harus menghormati hari tersebut...Untuk itu kanak-kanak ini diterapkan nilai-nilai yang murni tentang kelebihan Hari Jumaat...
  • Imam Al-Ghazzali berkata bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat.Pada hari itu dijadikan Adam a.s. dan pada hari Jumaatlah terjadinya kiamat.


    "Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan semulia-mulia hari di sisi Allah."
    Imam Al-Ghazzali menambah bahawa Kaab Al-Ahbar (seorang tabien dan ulama yahudi yang memeluk ugama islam pd zaman Saiyidina Abu Bakar) berkata burung-burung dan haiwan apabila bertemu satu sama lain pada hari Jumaat mengucapkan "Selamat, selamat hari yang baik".
    Imam Al-Ghazzali juga berkata malam Jumaat mempunyai banyak kelebihan dan disunnahkan pd mereka yg mempunyai isteri bersatu pd malam itu.
  • Doa Antara Dua Khutbah
    Kebanyakan ulama berpendapat waktunya adalah antara dua khutbah, iaitu pd saat imam sedang duduk setelah khutbah pertama sebelum beliau bangun utuk khutbah kedua. Saat inilah saat yang paling dimustajabkan doa.

     
  • Sedekah Pada Hari Jumaat
    Bersedekah membawa pahala yang besar. Ia menjauhkan bala, menjauhkan penyakit dan mendekatkan diri kepada Allah. Apalagi jika dilakukan pada hari Jumaat.
    Mati Pada Malam Jumaat
    Hadis nabi "Tidak seorang muslim yg mati pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali diselamatkan Allah daripada fitnah kubur".
    Kelebihan Menunaikan Sembahyang Jumaat
    Nabi bersabda "Barangsiapa yg dapat menunaikan sembahyang Jumaat maka baginya disisi Allah pahala seratus orang yg mati syahid. Dan barangsiapa meninggalkan sembahyang Jumaat sebanyak 3 kali tanpa darurat, maka Allah akan mengecap hatinya".Ibadah pada hari Jumaat.

    Perjalan ke masjid - adalah sunnah mengambil jln yg jauh tetapi apabila pulang sunnah ambil jln yang dekat - Imam Al-Ghazzali.
    Selawat
    Sabda nabi "Banyakkanlah berselawat ke atasku pd hari Jumaat kerana sesungguhnya ia adalah hari saksi (hari Jumaat) disaksikan oleh para malaikat.
  •  Mandi dan Pakaian

    Sunnah pada hari Jumaat memakai pakaian yang bersih, baru dan berwarna putih.
  • Memotong Kuku
    Ibn Masud berkata "Mereka yg memotong kuku pd hari Jumaat, Allah akan sembuhkan dia dari segala penyakit dan berikannya keselamatan.

PERTANDINGAN MELUKIS