Halaman

Jumaat, 30 Oktober 2009

Contoh cerita kanak-kanak untuk pertandingan bercerita.....

Cerita ini saya ubahsuai dalam pertandingan bercerita Bahasa Melayu Kanak-kanak prasekolah tahun 2009.....Muhammad Danish Bin Saipudin mendapat tempat ke-3 peringkat zon.....Usaha lagi...

TAJUK:PENGGEMBALA YANG NAKAL


1. ASSALAMUALAIKUM W.B.T dan selamat pagi diucapkan kepada para guru , para juri yang adil lagi bijaksana , tuan-tuan dan puan puan serta kawan-kawan yang saya kasihi sekalian.


2. Saya …………………… dari sk seri pematang rengas ingin menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk PENGGEMBALA YANG NAKAL.


3. Di dalam sebuah kampung , tinggal seorang budak yang nakal. Namanya ialah KUDIN.


4. Kudin bekerja sebagai penggembala di sebuah ladang biri-biri. Kerja
    Kudin ialah membawa sekawan biri-biri untuk meragut rumput pada setiap pagi.


5. Dia akan menunggu biri-biri itu meragut rumput sehingga petang.
    Setelah petang, dia akan membawa biri-biri pulang ke kandangnya.


6. Pada suatu hari, Kudin membawa biri-biri itu meragut rumput di

    pinggir sebuah hutan. Sementara menunggu biri-biri itu meragut rumput, Kudin berasa sungguh bosan.


7. Tiba-tiba dia mendapat satu akal.

   ”Tolong! Tolong! Serigala menyerang biri-biri!”

   ”Tolong! Tolong! Serigala menyerang biri-biri!”


8. Jeritan Kudin itu didengari beberapa orang pekerja di kawasan itu.

    Mereka bergegas ke tempat di mana biri-biri sedang meragut rumput.


9. Apabila sampai di sana mereka melihat Kudin sedang tertawa.


10. “ Kah! Kah! Kah! Kamu semua sudah tertipu. Mana ada serigala di kawasan ini.,” kata Kudin sambil     
       tertawa.


11. Dia berasa gembira kerana dapat mempermain-mainkan orang lain.


12. “Cis, kamu mempermain-mainkan kami!” kata salah seorang pekerja
       itu dengan marah.


13. ”Budak ini memang nakal,”kata seorang pekerja yang lain.


14. Tidak lama kemudian, seekor serigala tiba-tiba muncul dari arah hutan. Serigala itu terus menyerang biri-
      biri.


15. Kudin berasa terkejut lalu dia menjerit minta tolong.
     ”Tolong! Tolong! Serigala menyerang biri-biri!”
     ”Tolong! Tolong! Serigala menyerang biri-biri!”


16. Namun begitu, jeritan Kudin tidak di endahkan oleh pekerja-pekerja
    di situ. Mereka menyangka Kudin hanya bergurau.


17. Mereka tidak mahu ditipu oleh budak yang nakal itu lagi.


18. Disebabkan tiada orang datang menolongnya, beberapa ekor biri-biri
     yang dijaga oleh Kudin telah dibaham oleh serigala.

 19. Kudin menyesal kerana selalu mempermain-mainkan orang. Akibatnya  

     dia sendiri yang rugi.


20. Pengajaran daripada cerita ini adalah kita janganlah suka berbohong

      kerana dengan berbohong hanya merugikan diri sendiri dan orang

      tidak akan percaya dengan kita lagi.

 21. Sekian sahaja cerita saya pada hari ini dan saya sudahi dengan
      wabillahitaufikwalhidayah…Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarokatuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan