Halaman

Rabu, 14 November 2012

Cerita kanak-kanak



Watak-watak

-Pak Man  =  Si Pemotong Kayu Yang Tua
-Melah      =  Isteri Si pemotong kayu
-Ikan Ajaib

Assalamualaikum w.b.h dan selamat pagi diucapkan kepada para guru-guru, tuan-tuan , puan-puan dan rakan-rakan yang saya kasihi sekalian.
Kami murid –murid sk seri pematang rengas ingin menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk Si Pemotong Kayu yang Jujur. Dengarkanlah wahai teman-temanku...

Tersebutlah kisah...
Nun jauh di desa...
Tinggal seorang..pemotong kayu yang tua..
          Menebang pokok punca rezekinya..
          Hanya si si isteri peneman setia...

Tersebutlah kisah nun jauh di pedalaman, tinggal seorang pemotong kayu yang tua dan miskin. Dia hanya mencari rezeki dengan memotong pokok kecil untuk dijual sebagai kayu api. Hanya isterinyalah yang menemankan hidupnya saban hari.

Dijadikan cerita, takdirnya pada suatu pagi.......
Pergilah si tua itu jauh ke hutan untuk menebang pokok untuk dibuat kayu api. Tidak seperti biasa, kali ini si isteri tidak dapat temankan si suami kerana sakit.

Melah        :  Abg, maafkan melah kerana tidak dapat ikut abg ke hutan    
                     kerana melah kurang sihat.

Pak Man   :    Tidak mengapa… melah.berehatlah ya…Biar abg saja  
                       yang  pergi ke hutan.
Maka pak man  pun pergi ke hutan seorang diri.

Awal-awal pagi sebelum terbit mentari si tua itu pergi mencari kayu api.
(aksi pak man sedang memotong kayu dengan menggunakan kapak)
 Seharianlah pak man menebang pokok dengan kapak besinya yang telah uzur seuzur usianya....

Pak man bekerja tidak berhenti-henti walaupun sudah penat.
(bunyi kapak..tok tok!)

Tiba-tiba... genggamannya semakin lemah lalu terlepas kapak kesayangan dari tangannya jatuh kedalam sungai yg dalam.

Pak Man   :  ish…ish..ish   apelah nasibku harini..

Nyanyi : Beginilah nasib diriku yang malang oh Tuhan…

Pak man merasa sayu dan menangis kerana kehilangan kapak yang menjadi punca rezekinya... hendak terjun mencari, takut disambar arus... meratap lah dia mengenangkan nasib...
Maka...tiba-tiba muncul seekor ikan ajaib dan bertanya...

Ikan Ajaib :  "wahai orang tua... kenapa bersedih hati"...
Dengan nada perasaan takut dan terkejut diperamati benar-benar,MasyaAllah! Ikan boleh bercakap?Maha suci Allah..
 maka tahulah dia ikan ajaib menyapa....lalu diceritakan apa yang berlaku...

Ikan Ajaib           : "Baiklah..akan kubantu mencari kapak engkau yang  
                     tenggelam"..bersabarlah wahai orang tua..
 Lalu dengan serta merta terjunlah si ikan ajaib ke dalam sungai....

(ikan ajaib terjun...piewwww debush..)
selang beberapa minit timbul lah kembali si ikan ajaib sambil membawa kapak emas lalu dihulur kepada si tua....
 Dengan sedih pak man menjawab
Pak Man   :    "..bukan..ini bukan kepunyaan hamba...tidak mampu
                      hamba memiliki kapak emas ini"....
Lalu terjunlah sekali lagi si ikan ajaib ke dalam sungai dan timbul kembali bersama kapak perak.
Pak Man   : Ini juga bukan hamba punya wahai ikan…Tidak jua  
                   mengaku si tua kerana itu bukan kapak miliknya.
 Ikan ajaib : Bukan jugak? Tidak mengapalah wahai orang tua.
Sekali lagi si ikan ajaib terjun lalu membawa pula kapak gangsa. Tidak juga si tua itu menerimanya sehinggalah si ikan ajaib membawakannya kapak besi yang uzur.
Maka apabila terpandang akan kapak itu...giranglah hatinya kerana itulah kapak miliknya.
Pak man   : Yeay..yeay…hai senangnya dalam hati kalau beristeri
                   dua..ahoohoi…aish ni kalau bini aku dengar nih mau tidur
                   luar lah gamaknyer…heheheh

 Lalu si ikan ajaib menyerahkan kapak tersebut kepada pak man. Sebagai balasan kejujuran pak man , si ikan ajaib memberikan kapak emas, perak dan gangsa .

Pak man   :  Pulanglah pak man dengan hati yang gembira.
                    

Sesampainya di rumah lalu diceritakan kepada isterinya apa yang berlaku. Si isteri turut bergembira dengan kejujuran suaminya.
Pengajaran daripada cerita ini adalah kita harus bersikap jujur dan amanah dalam kehidupan kita kerana sikap jujur merupakan amalan yang mulia.
Sekian sahaja cerita saya pada hari ini..ingat berlaku jujurlah walaupun ia pahit….