Jumaat, 7 Disember 2012
LAWATAN KE MELAKA DAN CERAMAH KESIHATAN GIGI 2012
Prasekolah Tunas Ilmu telah mengadakan lawatan ke Melaka pada bulan Oktober bersama anak-anak prasekolah dan juga murid-murid daripada kelas perdana..
Antara tempat yang di lawati ialah;
1. Zoo Melaka
2.Planetarium
3. Taming Sari
4. River Cruise
CERAMAH KESIHATAN GIGI 2012
Murid-murid seronok melihat gambar2 yang menarik perhatian tentang kesihatan gigi.
LEMBARAN BARU PRASEKOLAH TUNAS ILMU 2013
Rabu, 14 November 2012
Cerita kanak-kanak
Ahad, 7 Oktober 2012
TERJALIN KEMBALI
Apa yang penting sekarang saya nak siapkan
-graviti area dan
-sudut satu Malaysia..
Semoga kita berjumpa lagi..
Isnin, 9 April 2012
PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN KOGNITIF SERTA TEORI YANG BERKAITAN
Perkembangan fizikal kanak-kanak merupakan satu aspek yang menekankan asas pertumbuhan dan pembesaran kanak-kanak. Menurut kurikulum Prasekolah Kebangsaan ( Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003 ), perkembangan fizikal kanak-kanak boleh dibahagikan kepada empat bahagian, iaitu kebersihan alam sekitar, keselamatan, kesihatan dan psikomotor. Proses ini juga sering dikaitkan dengan kebolehan kanak-kanak menggunaakan anggota badan, otot, dan koordinasi untuk menjalankan aktiviti sehari-hari.
Perkembangan fizikal berdasarkan buku Perkembangan Kanak-kanak merujuk kepada perubahan saiz fizikal, kadar pertumbuhan bahagian-bahagian badan, fungsi anggota-anggota badan dan perawakan manusia ( Woolfolk dan Margetts, 2007 ). Kenyataan ini disokong oleh hasil dapatan melalui laman webhttp://www.geocities.com, yang menyatakan perkembangan fizikal merangkumi pertumbuhan fizikal, kemahiran pergerakan kasar dan halus. Menurut Hurlock, 1978, perubahan-perubahan yang berlaku ini merangkumi tingkah laku kanak-kanak secara langsung dan tidak langsung.
Perkembangan kognitif kanak-kanak pula merupakan kebolehan individu untuk berfikir, memberi pendapat, memahami dan mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran masing-masing. Hasil dapatan dari laman webhttp://www.anakku.my/artikel pula menerangkan perkembangan kognitif sebagai proses peningkatan keupayaan pemikiran, pengetahuan dan intelektual. Proses ini berpusat kepada perubahan pemikiran kanak-kanak yang berlaku daripada satu peringkat kepada peringkat perkembangan seterusnya.