Watak-watak
-Pak
Man =
Si Pemotong Kayu Yang Tua
-Melah =
Isteri Si pemotong kayu
-Ikan
Ajaib
Assalamualaikum w.b.h dan selamat pagi diucapkan kepada
para guru-guru, tuan-tuan , puan-puan dan rakan-rakan yang saya kasihi
sekalian.
Kami murid –murid sk seri pematang rengas ingin
menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk Si
Pemotong Kayu yang Jujur. Dengarkanlah wahai teman-temanku...
Tersebutlah kisah...
Nun jauh di desa...
Tinggal seorang..pemotong kayu yang tua..
Menebang
pokok punca rezekinya..
Hanya si
si isteri peneman setia...
Tersebutlah kisah nun jauh di pedalaman, tinggal seorang
pemotong kayu yang tua dan miskin. Dia hanya mencari rezeki dengan memotong
pokok kecil untuk dijual sebagai kayu api. Hanya isterinyalah yang menemankan
hidupnya saban hari.
Dijadikan cerita, takdirnya pada suatu pagi.......
Pergilah si tua itu jauh ke hutan untuk menebang pokok
untuk dibuat kayu api. Tidak seperti biasa, kali ini si isteri tidak dapat
temankan si suami kerana sakit.
Melah
: Abg,
maafkan melah kerana tidak dapat ikut abg ke hutan
kerana melah kurang sihat.
Pak
Man : Tidak
mengapa… melah.berehatlah ya…Biar abg saja
yang pergi ke hutan.
Maka pak man pun
pergi ke hutan seorang diri.
Awal-awal pagi sebelum terbit mentari si tua itu pergi
mencari kayu api.
(aksi
pak man sedang memotong kayu dengan menggunakan kapak)
Seharianlah pak
man menebang pokok dengan kapak besinya yang telah uzur seuzur usianya....
Pak man bekerja tidak berhenti-henti walaupun sudah
penat.
(bunyi
kapak..tok tok!)
Tiba-tiba... genggamannya semakin lemah lalu terlepas
kapak kesayangan dari tangannya jatuh kedalam sungai yg dalam.
Pak
Man :
ish…ish..ish apelah nasibku
harini..
Nyanyi
:
Beginilah nasib diriku yang malang oh Tuhan…
Pak man merasa sayu dan menangis kerana kehilangan kapak
yang menjadi punca rezekinya... hendak terjun mencari, takut disambar arus...
meratap lah dia mengenangkan nasib...
Maka...tiba-tiba muncul seekor ikan ajaib dan bertanya...
Ikan
Ajaib : "wahai orang tua... kenapa bersedih
hati"...
Dengan nada perasaan takut dan terkejut diperamati
benar-benar,MasyaAllah! Ikan boleh bercakap?Maha suci Allah..
maka tahulah dia
ikan ajaib menyapa....lalu diceritakan apa yang berlaku...
Ikan
Ajaib : "Baiklah..akan
kubantu mencari kapak engkau yang
tenggelam"..bersabarlah wahai orang tua..
Lalu dengan serta
merta terjunlah si ikan ajaib ke dalam sungai....
(ikan
ajaib terjun...piewwww debush..)
selang beberapa minit timbul lah kembali si ikan ajaib
sambil membawa kapak emas lalu dihulur kepada si tua....
Dengan sedih pak
man menjawab
Pak
Man : "..bukan..ini bukan kepunyaan
hamba...tidak mampu
hamba memiliki kapak emas ini"....
Lalu terjunlah sekali lagi si ikan ajaib ke dalam sungai
dan timbul kembali bersama kapak perak.
Pak
Man : Ini juga bukan hamba punya wahai ikan…Tidak
jua
mengaku si tua kerana itu bukan kapak
miliknya.
Ikan ajaib : Bukan jugak? Tidak
mengapalah wahai orang tua.
Sekali lagi si ikan ajaib terjun lalu membawa pula kapak gangsa. Tidak juga si tua itu menerimanya
sehinggalah si ikan ajaib membawakannya kapak besi yang uzur.
Maka apabila terpandang akan kapak itu...giranglah
hatinya kerana itulah kapak miliknya.
Pak
man
: Yeay..yeay…hai senangnya dalam hati
kalau beristeri
dua..ahoohoi…aish ni kalau bini aku dengar nih mau tidur
luar lah gamaknyer…heheheh
Lalu si ikan ajaib
menyerahkan kapak tersebut kepada pak man. Sebagai balasan kejujuran pak man ,
si ikan ajaib memberikan kapak emas, perak dan gangsa .
Pak man : Pulanglah
pak man dengan hati yang gembira.
Sesampainya di rumah lalu diceritakan kepada isterinya
apa yang berlaku. Si isteri turut bergembira dengan kejujuran suaminya.
Pengajaran daripada cerita ini adalah kita harus bersikap
jujur dan amanah dalam kehidupan kita kerana sikap jujur merupakan amalan yang
mulia.
Sekian sahaja cerita saya pada hari ini..ingat berlaku
jujurlah walaupun ia pahit….